Azmin Tak Tergesa-Gesa Lantik Timbalan Speaker

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 9:44 AM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan satu perkara yang perlu dibincangkan segera pada masa ini. 

"Ia akan dibincangkan apabila DUN bersidang pada November," katanya kepada pemberita di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Isnin. 

Azmin ditanya sama ada PAS, yang wakilnya dalam exco negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga dalam pentadbiran beliau, akan menerima jawatan Timbalan Speaker itu.

Kerusi PAS telah diberikan kepada PKR, yang kini mempunyai empat kerusi dalam 10 anggota exco negeri. DAP kekal dengan tiga kerusi.

Jawatan Timbalan Speaker telah diperuntukkan kepada PKR dalam pentadbiran menteri besar sebelumnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Walau bagaimanapun, PAS dilaporkan telah menunjukkan kemungkinan tidak menerima tawaran itu.

Dalam posting Facebook pada malam Sabtu, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, mereka masih tidak pasti sama ada parti akan menerima jawatan itu.

Beliau berkata ini berdasarkan kepada mesyuarat awal dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas wakil-wakil PAS dan yang baharu dilantik dalam barisan exco. 

Dalam perkembangan berkaitan, sumber-sumber yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat berkata Azmin berminat mengambil alih portfolio exco yang melibatkan hal ehwal Islam, pelaburan dan majlis-majlis tempatan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai portfolio barisan exco beliau yang tersebar dan berkata ia akan diumumkan pada Rabu.

"Saya perlu melihat dengan teliti bagaimana saya boleh menggabungkan beberapa portfolio bersama-sama kerana ia melibatkan banyak bidang," kata beliau sambil menambah beberapa ahli exco mungkin memegang beberapa portfolio.
Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , portfolio , exco Selangor

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan