Tindakan Alvin Tan Melampau - Ka Siong

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 9:25 PM

Alvin Tan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA menyifatkan tindakan penulis blog Alvin Tan yang menghina pemimpin negara di laman sosial Facebook sebagai perbuatan melampau yang cuba menjatuhkan imej negara. 

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perbuatan itu dilihat boleh mempengaruhi dan merosakkan akhlak masyarakat di negara ini.

"Saya tidak faham mengapa Alvin (Tan) perlu berbuat demikian, saya difahamkan gambar-gambar pemimpin dirosakkan dan dipaparkan di laman Facebooknya itu. 

"Kami berasa kesal terhadap perbuatan kejinya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuen Cheng 1 di sini, Selasa.

Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hukuman berat patut dikenakan terhadap Tan kerana dia telah memalukan nama negara.

Tan sebelum ini mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan melalui akaun Facebooknya, yang turut menyatakan dia sudah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Wee berkata peranan sekolah vernakular di negara ini tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak kerana ia terbukti memberi sumbangan besar dalam pendidikan negara. 

"Negara kita merupakan satu-satunya negara yang mengamalkan pendidikan vernakular dan rakyat di negara ini boleh bertutur lebih daripada tiga bahasa. Ini sekali gus memberikan peluang kepada rakyat di negara ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata pendidikan Cina bukan lagi terhad kepada masyarakat Cina sahaja tetapi juga merupakan pendidikan kepada semua bangsa di negara ini.

"Terdapat 1,295 buah sekolah aliran Cina di seluruh negara dan 15 peratus daripada jumlah muridnya terdiri daripada murid bukan Cina.

Tags / Kata Kunci: Alvin Tan , Wee Ka Siong , MCA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan