ATM Digodam: Keselamatan Akaun Pelanggan Dipertingkatkan

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif  Persatuan Bank Malaysia (ABM) Chuah Mei Lin berkata ahlinya kini meningkatkan usaha keselamatan untuk melindungi data pelanggan, ekoran laporan ATM di 14 cawangan bank di Selangor, Johor dan Melaka digodam oleh kumpulan dari Amerika Latin, yang mencuri lebih RM3 juta dalam hanya tempoh dua hari.

"Persatuan Bank-Bank di Malaysia ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bank-bank anggota kami bersama rangkaian ATM sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa yang berkaitan berhubung dengan kes rompakan ATM baru-baru ini.

"Orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi kami di hotline ABMConnect dengan mendail 1-300-88-9980 atau menghantar e-mel kepada kami di eABMConnect dengan masuk ke laman web kami, www.abm.org.my," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Dalam perkembangan terbaharu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene memberitahu Bernama bahawa suspek menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.

"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama, Isnin.

Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
 
Menurut beliau,  maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.


Sebuah pasukan khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bukit Aman dan kontinjen negeri telah dikerahkan di bawah Ops Godam ATM.

Tags / Kata Kunci: Persatuan Bank Malaysia , ABM , ATM , godam ATM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan