Ebola: Saring Kesihatan Pelajar Afrika, Pemantauan Aktif - KP Kesihatan

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 12:41 PM

Dr Noor Hisham Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saringan kesihatan terhadap 15,000 pelajar dari Afrika di negara ini dijalankan untuk menjamin mereka bebas daripada jangkitan wabak Ebola.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan saringan kesihatan terhadap semua pelajar asing terbabit sering dijalankan.

"Semua pelajar dikenakan saringan, pelajar tempatan pun kita buat saringan, apatah lagi dari luar negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar 'Burn' Hospital Kuala Lumpur peringkat kebangsaan kali ketiga di Institut Kesihatan Malaysia di sini, Isnin.

Setakat ini hanya dua kes membabitkan pelajar asing disyaki terkena jangkitan virus Ebola tetapi ujian makmal menunjukkan keputusan negatif untuk kedua-dua kes.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun tiada kes virus berkenaan dikesan di negara ini, pihaknya masih menjalankan pemantauan secara aktif terhadap wabak itu.

"Walaupun tiada kes penyakit itu dalam negara kita tetapi pemantauan aktif tetap dijalankan.

"Banyak kes Ebola yang diuar-uarkan tapi ini semua tak berasas," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengesyaki seseorang itu menghidap penyakit EVD (Ebola virus disease).

Katanya, seseorang itu hanya akan disyaki dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu apabila pernah berhubung dengan pesakit Ebola dalam tempoh tiga minggu.

"Kalau demam saja kita tak akan syak ada Ebola. Kalau kita nak mengesyaki ada Ebola, mereka yang demam itu kena ada 'contact' (hubungan) dengan pesakit Ebola.

"Kalau dia pernah jumpa pesakit Ebola dalam tempoh tiga minggu lepas...contohnya dia balik kampung jumpa pesakit Ebola dan sekarang dia demam, itu diletakkan dalam kategori disyaki," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: Ebola , Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan