NYPD Kongsi Amalan Terbaik Banteras Rasuah Dengan PDRM

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 1:31 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) akan berkongsi amalan terbaiknya membanteras rasuah dalam kalangan pegawainya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah meningkatkan imej dan integriti pasukan PDRM.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata NYPD juga pernah berhadapan masalah persepsi negatif mengenai integritinya dalam kalangan warga Amerika Syarikat 20 tahun yang lepas, tetapi mereka berjaya menanganinya melalui pelaksanaan amalan terbaik. 

"Polis Malaysia juga sedang menghadapi masalah yang sama walaupun mereka berjaya menurunkan kadar jenayah," katanya kepada media Malaysia di sini pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Amalan terbaik yang menetapkan seseorang anggota dianggap melakukan suatu kesalahan jika mereka, antara lain, enggan mengambil laporan, mempertikaikan tangkapan atau saman, menganggotai persatuan jenayah, tidak bersetuju dasar jabatan atau tindakan, pertikaian domestik, gangguan, kehilangan harta, salah guna komputer pejabat dan salah laku di luar tugas.

Beliau berharap amalan terbaik yang dipelajari daripada NYPD akan membantu meredakan persepsi negatif masyarakat Malaysia terhadap polis, sekali gus meningkatkan integritinya.

"Masyarakat mempunyai persepsi bahawa majoriti anggota polis adalah rasuah," katanya.

Zahid berkata beliau membincangkan mengenai cara-cara untuk meningkatkan integriti PDRM ketika bertemu pegawai-pegawai kanan Biro Hal Ehwal Dalaman NYPD serta bekas ketua NYPD, Charles V. Campisi baru-baru ini. 

"NYPD telah berjaya mengatasi rasuah sistemik, rasuah oportunis dan rasuah kelaziman dalam kalangan anggotanya," kata beliau.

PDRM menubuhkan Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Mei lepas bagi memerangi rasuah dan integiriti dalam pasukan itu.

Jabatan itu juga ditubuhkan di setiap kontinjen polis dan peringkat daerah, katanya.

Selain amalan terbaik, Zahid berkata PDRM juga mencari kaedah untuk menambah baik skim perkhidmatannya sebagai satu daripada inisiatif membanteras rasuah.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , NYPD

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan