MB Johor Nafi Tarif Air Naik - Berita Semasa | mStar

MB Johor Nafi Tarif Air Naik

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 12:25 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Kerajaan negeri tidak menerima sebarang permintaan atau kertas cadangan untuk menarikkan tarif air di Johor, kata Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menafikan laporan bahawa tarif air dijangka meningkat antara 10% dan 12% dalam tempoh beberapa bulan akan datang kerana peningkatan kos rawatan air.

"Mungkin apa yang ahli exco katakan telah disalah tafsir oleh orang ramai, tetapi tiada cadangan untuk sebarang kenaikan diterima," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah projek perumahan di Taman Seri Albion di sini, Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad dilaporkan sebagai berkata, kenaikan tarif air tidak dapat dielakkan dan kadar terbaharu itu akan dilaksanakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Tags / Kata Kunci: tarif air , Mohamed Khalid Nordin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan