Khazanah Harap Kerajaan Gubal Akta MAS Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd berharap kerajaan akan menggubal 'Akta MAS' awal tahun depan sebelum MAS NewCo ditubuhkan pada pertengahan 2015.


Berdasarkan pelan pemulihan MAS bernilai RM6 bilion itu, syarikat akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia menjelang hujung tahun dan syarikat baharu (Newco) akan diwujudkan bagi meneruskan perniagaan syarikat.

Bagi mempermudah penstrukturan semula syarikat penerbangan negara itu secara menyeluruh dan seiring perkembangan semasa, kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Parlimen, dikenali Akta MAS.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, akta baharu itu sangat penting sebagai akta yang membolehkan dan usulnya dijangka dibawa oleh perdana menteri semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober ini.

"Akta ini perlu disegerakan namun kami boleh menunggu sehingga tahun baharu bermula," katanya kepada pemberita di luar Forum Megatrends Khazanah 2014, di sini, Isnin.

Beliau berkata, Khazanah Nasional sudah memulakan usaha untuk menggubal Akta MAS dengan Pejabat Peguam Negara.

Azman berkata, sebulan selepas pelan pemulihan MAS itu diumum, banyak sesi komunikasi antara Khazanah Nasional, MAS dan kerajaan diadakan.

Sementara itu, Azman pada Isnin turut mengesahkan bahawa Khazanah Nasional akan menyenaraikan Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd di Bursa Malaysia, namun perkara tersebut tidak akan dibuat pada tahun ini.

"Syarikat taman tema itu mencatat prestasi baik dan kita tidak mahu tergesa-gesa menyenaraikannya.

"Ini satu keputusan yang akan dibuat secara bersama oleh lembaga pengarah Khazanah dan Themed Attractions," katanya.


Tags / Kata Kunci: Khazanah Nasional , Akta MAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan