Tiada Tempat Latihan IS Di Malaysia - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 8:42 AM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Oleh kerana Malaysia menangkap lebih ramai suspek yang dikaitkan dengan kumpulan Negara-negara Islam (IS), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membincangkan langkah susulan terhadap kumpulan tersebut dengan pakar memerangi keganasan Amerika Syarikat (AS) di sini.

Ahmad Zahid yang bertemu dengan pakar pasukan khas atau dikenali FBI Joint Terrorism Task Force di sini untuk menangkis dakwaan bahawa Malaysia mempunyai tempat latihan untuk pejuang jihad IS di kalangan warga Malaysia dan tempat transit yang digunakan pengganas asing untuk menjalankan misi jihad mereka.

"Kami sentiasa bertukar maklumat dan bekerjasama dengan FBI untuk tempoh beberapa tahun lamanya. Masalahnya ialah apabila beberapa pengganas mendakwa diri mereka rakyat Malaysia dan merekrut rakyat Malaysia melalui oraganisasi tertentu bagi memperjuangkan nasib rakyat di Syria dan Iraq.

"Kebenarannya adalah tiada tempat latihan di Malaysia. Sebaliknya, ia dilakukan oleh kumpulan kecil atau individu," katanya kepada pemberita Malaysia di sini, Ahad.

Ahmad Zahid mengakui bahawa ancaman dari negara jiran adalah nyata terutamanya mereka yang bersekongkol dengan satu kesultanan (yang tidak wujud lagi) untuk membentuk pemerintahan tersendiri di Sabah dan Sarawak.

Mengenai program pengecualian visa AS, beliau berkata Malaysia melihat beberapa keperluan yang disenaraikan untuk dimasukkan ke dalam program tersebut termasuk mengkaji semula prosedur pemeriksaan keselamatan sempadan.

Katanya, dengan pengecualian itu, diyakini dapat meningkatkan aliran pelabur, pelancong dan pelajar dari Malaysia ke AS.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan