Beberapa Pokok Tumbang Sekitar Shah Alam Akibat Hujan Lebat

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 9:39 PM

Antara insiden pokok tumbang di sekitar Shah Alam. Foto twitter @bombaJBPM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada kira-kira 4 petang mengakibatkan enam insiden pokok tumbang sekitar Persiaran Tebar Layar, Seksyen U8 di Shah Alam, Isnin.

Pemangku Penyelia Operasi dan Pegawai Bomba Kanan II Shah Alam, Noor Fazida Tina Mohamad Noor berkata, kesemua insiden berlaku di lokasi berbeza dan menghalang laluan kenderaan di sekitar Persiaran Tebar Layar.

Beliau berkata, satu daripada insiden itu menyaksikan sebuah kereta yang dinaiki empat sekeluarga dihempap pokoK.

Bagaimanapun, katanya, pasangan suami isteri bersama dua anak mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Kejadian pokok tumbang di Bukit Jelutong. Foto twitter @bombaJBPM

Sementara itu, jurucakap PLUSLine berkata satu lagi insiden pokok tumbang berlaku di Kilometer 4.3 dari arah utara menghala Setia Alam pada kira-kira 2.30 petang.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan trafik sesak dan pokok itu, yang menghalang bahagian tengah laluan jalan raya berkenaan, berjaya dialih pada kira-kira 3.30 petang.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan trafik kemudian bergerak lancar.

Tags / Kata Kunci: pokok tumbang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan