Lembaga Disiplin 'Panggil' Dua Adun PAS - Berita Semasa | mStar

Lembaga Disiplin 'Panggil' Dua Adun PAS

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 11:47 AM

Saari Sungib

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) ketika ini sedang mengadap Lembaga Disiplin Jawatankuasa PAS Pusat berhubung sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu menteri besar di Selangor.

Pertemuan dengan pimpinan PAS Pusat diadakan di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Difahamkan, kedua-dua mereka dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung surat akuan bersumpah bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Tindakan tersebut dianggap membelakangkan keputusan parti.

Terdahulu, Saari menyatakan kesediaannya untuk terus setia bersama PAS dan tidak akan meninggalkan parti itu.

Sekiranya disingkir, beliau akan bertanding sebagai calon Bebas.

Sementara itu, Hasnul pula menyatakan kesediaannya untuk bertanding di atas tiket DAP jika parti membuat keputusan menyingkirkan beliau.

Beliau berkata bersedia menerima sebarang keputusan atau tindakan tatatertib yang diputuskan oleh pimpinan PAS Pusat.
Tags / Kata Kunci: Saari , Hasnul , MOrib , HUlu Kelang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan