Portfolio Exco Baharu Diumum Rabu Ini - Azmin

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 8:08 PM

exco

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bergambar bersama Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan barisan Exco yang baharu selepas Istiadat angkat sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Istana Alam Shah di Klang, Jumaat lalu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan senarai portfolio bagi barisan Exco kerajaan negeri yang baharu pada Rabu.

Beliau berkata, portfolio itu akan ditentukan selepas mempertimbangkan keupayaan dan kepakaran setiap anggota Exco, supaya tanggungjawab itu dapat dilaksanakan secara efektif.

"Senarai portfolio akan diumumkan pada Rabu dan kita mahu memastikan semua Exco dapat menjalankan tugas dengan cekap dan efektif," katanya.

Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR, telah memperuntukkan empat jawatan Exco untuk wakil rakyat daripada partinya, manakala PAS dan DAP, masing-masing mendapat tiga jawatan.


Tags / Kata Kunci: Exco Kerajaan Selangor , Azmin Ali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan