Khidmat Tulis Wasiat Meningkat

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bilangan rakyat Malaysia yang menulis wasiat semakin meningkat berikutan insiden penerbangan yang berlaku baru-baru ini.

Firma perancangan harta pusaka di sini melaporkan berlaku peningkatan sebanyak 40 peratus dalam penulisan wasiat baharu manakala syarikat AmanahRaya menerima lebih permohonan daripada syarikat untuk mengadakan sesi dialog bersama kakitangan mereka mengenai kepentingan perancangan harta pusaka.

"Kebiasaannya berlaku peningkatan (permohonan wasiat baharu) apabila tragedi berlaku kerana ia mengingatkan orang ramai bahawa kehidupan hanyalah sementara dan lebih baik mengambil langkah awal sebelum terlambat," kata Pengurus Besar Kanan, Rockwills Trustee Bhd, Azhar Iskandar Hew.

Pada 8 Mac lalu, pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang dari radar bersama 239 penumpang dan anak kapal manakala empat bulan kemudian, pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang ditembak jatuh dekat sempadan Rusia-Ukraine.

Ahzhar berkata adalah penting untuk tidak meninggalkan orang yang kita sayang dalam kesusahan sekiranya sesuatu yang tidak diingin menimpa kita.

Syarikat tersebut menganggarkan wang dan aset tidak dituntut bernilai kira-kira RM60 bilion di negara ini kerana pemiliknya tidak meninggalkan wasiat semasa mereka meninggal dunia.

Hanya sebilangan kecil, antara 5% dan 10 %, rakyat Malaysia dipercayai menulis wasiat.

Pengamal undang-undang keluarga, Andy Low Hann Yong berkata, berlaku 'peningkatan ketara' dalam permintaan terhadap perkhidmatan penulisan wasiat.

Katanya, ini mungkin disebabkan peningkatan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan wasiat atau kejadian malang seperti MH370 dan gempa bumi serta laporan perebutan harta pusaka melibatkan personaliti atau taikun.

"Kejadian malang menyebakan orang ramai mula menyedari kehidupan sukar diramal. Kematian seseorang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja menyebabkan orang ramai bertindak menulis wasiat," katanya.

Ketua Bahagian Pengurusan Operasi AmanahRaya, Amran Ahmad berkata, pemegang amanah dan pentadbir menerima 'sekurang-kurangnya' peningkatan sebanyak 10% selepas misteri kehilangan MH370.

"Terdapat lebih banyak syarikat meminta kami untuk mengadakan ceramah kepada kakitangan mereka," katanya.

Ketua Komunikasi Korporat AmanahRaya, Nik Salina Nik Idris berkata, 'Tanggapan bahawa pengurusan legasi bukan sahaja untuk orang kaya adalah salah.'
Tags / Kata Kunci: wasiat , AmanahRaya , MH370 , MH17

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan