Jemaah Haji Perlu Sedia Hadapi Kesesakan Hari Wukuf - Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 4:57 PM

Kesesakan di Arafah pada hari wukuf perlu dihadapi semua jemaah.

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Jemaah haji Malaysia perlu mempersiapkan diri menghadapi kesesakan dalam perjalanan mengerjakan kemuncak ibadah haji, iaitu Wukuf di Arafah pada Jumaat ini, memandangkan haji Akbar pada tahun ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah jemaah yang akan mengerjakan haji dijangka meningkat mendadak, namun yakin Tabung Haji (TH) dan kerajaan Arab Saudi telah membuat persiapan bagi memastikan pergerakan jemaah haji berjalan lancar.

"Kita faham kerajaan Arab Saudi telah melakukan yang terbaik daripada pelbagai segi termasuk perjalanan darat, mengadakan sistem transit aliran ringan (LRT) serta pelbagai program untuk memastikan proses perjalanan jemaah haji mengerjakan Wukuf di Arafah (kira-kira 22km dari Makkah) berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sebaik tiba di sini dari Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji pada malam Sabtu.

Sebelum ini, media Arab Saudi memetik Kementerian Haji melaporkan lebih 2 juta umat Islam akan mengerjakan ibadah haji tahun ini dengan 1.3 juta terdiri daripada jemaah haji dari luar negara.

Jemaah haji dari rantau Asia Selatan iaitu India, Pakistan dan Bangladesh, merupakan jemaah haji terbesar dengan 410,000 jemaah.

Ini diikuti oleh jemaah dari negara-negara Arab sebanyak 250,000, Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia kira-kira 228,000 jemaah, Turki dan Eropah sebanyak 190,000 orang, negara Afrika bukan Arab 170,000 orang dan Iran 63,000 jemaah.

Sementara jemaah haji tempatan, termasuk ekspatriat pula sebanyak 150,000 orang.

Jamil Khir turut berpuas hati dengan tahap kesihatan jemaah haji Malaysia di tanah suci, terutama ketika berlaku penularan penyakit berjangkit Ebola dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), selain cuaca yang panas dan kering ketika ini.

Beliau berkata, setakat ini hanya lapan jemaah Malaysia dimasukkan ke hospital Arab Saudi dan angka ini adalah rendah berbanding jumlah sebelum ini.

Jamil Khir turut berharap jemaah haji akan terus menjaga kesihatan mereka dan meminum air yang banyak setiap hari.

Beliau berkata, setakat ini, hanya empat kematian melibatkan jemaah dari Malaysia iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia antara 52 dan 62 tahun.

"Harap semua jemaah haji dapat laksanakan sebaik mungkin ibadah haji dan semoga mendapat haji mabrur," katanya.

Beliau berkata, walaupun hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat, khutbah yang akan dibacakan adalah khutbah Arafah yang akan diadakan di setiap khemah.

Sementara itu, kerajaan Arab Saudi telah menyediakan pelan bagi melancarkan pergerakan trafik dari Makkah ke Arafah, Arafah ke Muzdalifah, Muzdalifah ke Mina dan Mina ke Makkah.

Pengarah Polis Trafik dan Asistant Komander Pasukan Keselamatan Haji Mejar Jeneral Abdul Rahman Al-Muqbil dipetik media tempatan sebagai berkata sejumlah besar pegawai trafik akan ditempatkan di jalan raya untuk memastikan perjalanan para jemaah berjalan lancar tanpa kesesakan trafik.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Pengangkutan di Kementerian Haji, Turki Al-Qurashi menggesa mereka yang terlibat mengendalikan jemaah haji, terutamanya organisasi Tawafa, kumpulan yang mengendalikan jemaah haji semasa Wukuf, agar menasihatkan jemaah mereka untuk tinggal di Mina sehingga 13 Zulhijjah (7 Oktober) bagi mengelak kesesakan di kawasan Tawaf semasa Tawaf Wida.


Tags / Kata Kunci: wukuf , haji Akbar , Arafah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan