PKR, DAP Pembuli - Nik Abduh

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 1:10 PM

Nik Abduh Nik Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.

Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.

"Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor.

"Di Sarawak, mereka mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama.

"Mereka sering meuar-uarkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri," katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP.

"PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli.

"Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan," katanya.

Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka.

Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP.

Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan.

Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya.

"PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi," katanya.

Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu.

"DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati.

"Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?," katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur.

"PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Saya tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli," katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS.





Tags / Kata Kunci: Nik Abduh Nik Aziz , Pakatan Rakyat , pembuli

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan