Malaysia Cadang Sertai Program Pengecualian Visa AS

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Malaysia berhasrat menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 18 bulan akan datang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Beliau berkata, program itu akan membolehkan rakyat Malaysia memasuki Amerika Syarikat tanpa memohon untuk mendapatkan visa dan membolehkan mereka tinggal di negara itu bagi tempoh maksimum 90 hari untuk tujuan pelancongan atau perniagaan.

Setakat ini, 37 negara telah menyertai program itu termasuk negara-negara jiran iaitu Singapura dan Brunei, katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Ahmad Zahid berkata program itu dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama semasa pemimpin Amerika itu melawat Malaysia, April lalu.

Beliau berkata Malaysia memperbaiki pelbagai senarai semak termasuk menguatkuasakan langkah-langkah ketat seperti rakyat Malaysia yang kehilangan pasport mereka perlu melaporkannya dalam tempoh 24 jam.

Ahmad Zahid berkata, program itu akan dapat meningkatkan lagi aliran pelabur, pelancong dan pelajar dari Malaysia ke Amerika, dan pemeriksaan keselamatan boleh dilakukan di Malaysia sebelum rakyat Malaysia memasuki Amerika.

Beliau juga berkata Malaysia akan mengubah keseluruhan sistem pemeriksaan keselamatan sempadan dalam usaha mengadakan pemeriksaan ketat termasuk mengesan mereka yang berada di dalam senarai suspek.

Ahmad Zahid juga berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Jeh Johnson di Washington D.C pada Ahad.

Beliau juga berkata Malaysia dan Amerika Syarikat telah meningkatkan kerjasama mereka dalam memerangi keganasan.

Ahmad Zahid berkata, beliau berbincang dengan para pegawai kanan unit memerangi keganasan di sini berhubung aspek undang-undang dan operasi bagi menangani isu berhubung dakwaan bahawa Malaysia menjadi tempat latihan bagi pengganas rakyat Malaysia berjuang di Syria dan Iraq.

"Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai pembabitan rakyat Malaysia yang disyaki menjadi pengganas dan pengganas asing yang dikatakan menggunakan Malaysia sebagai pusat transit sebelum ke negara-negara lain," kata Ahmad Zahid.

Beliau juga mengesahkan bahawa 34 rakyat Malaysia telah menyertai kumpulan yang digelar Negara-negara Islam (IS) di Syria dan Yemen.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan