Azmin Akan Dedah Nama Syarikat Dapat Manfaat Perjanjian Air Selangor - Anwar

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 11:43 AM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali dijangka mendedahkan nama syarikat yang akan mendapat manfaat daripada perjanjian air yang diluluskan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu Azmin untuk membuat pendedahan itu berkata, beliau akan menyenaraikan mereka yang mendapat keuntungan jutaan ringgit daripada perjanjian air tersebut berdasarkan beberapa 'penyelidikan' yang dilakukannya.

"Saya menyedarinya bukan kerana ia diberikan kepada saya tetapi saya melakukan penyelidikan dan saya sedari mengapa orang cenderung untuk mempertahankan dan enggan mendengar kerana kepentingan yang besar.

"Apabila ia melibatkan isu kepentingan awam, keprihatinan saya adalah ia mempunyai hubungan langsung dengan tarif air dan rakyat akan menderita," katanya kepada pemberita selepas ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di pasar Seberang Jaya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, ia bukan soal seseorang mengumpul harta kekayaan tetapi apabila keuntungan atau kepentingan terlalu tinggi timbul daripada perjanjian itu, ia akan memberi kesan kepada penduduk di Selangor.

"Pulau Pinang berjaya dalam memastikan tarif air rendah kerana pihak berkuasa air mereka dikorporatkan, bukan diswastakan.

"Apabila anda menswastakan sesuatu dan perjanjian itu tidak telus, maka ia ada masalah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Azmin Ali , air Selangor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan