PAS Selar DAP Pecat Ahli MPPP

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 4:00 PM

Nasrudin mengecam tindakan kerajaan Pulau Pinang kerana mengambil tindakan yang disifatkan bertentangan dengan hak demokrasi dan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mengecam tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP menggantung tugas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang dipercayai berhubung kritikannya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan hak demokrasi dan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Malah katanya, keputusan kerajaan negeri pimpinan Lim itu disifatkan seperti meniru gaya kepimpinan parti PAP di Singapura dengan memberi tekanan terhadap pihak yang mengkritik kepimpinannya.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik.

"Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum? Saya yakin isu yang dibangkitkan oleh Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah umat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iszuree Ibrahim ketika berucap pada Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini.
Sebelum ini dilaporkan Iszuree mengkritik kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa terlalu 'mesra' dengan syarikat pemaju hartanah sehingga mengabaikan kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di negeri itu.

Beliau yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini.

Mengulas lanjut Nasrudin berkata, beliau kesal kerana niat baik Iszuree supaya kepimpinan kerajaan negeri dan PAS Pusat memberi perhatian kepada nasib rakyat dibalas dengan hukuman.

"Malangnya tindak balas kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Iszuree 'dipancung' gara-gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar 'harga yang tidak sedikit'.

"Lebih tragis, tindakan ke atas Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan," katanya.

Iszuree digugurkan daripada MPPP pada Khamis lalu.

Semua peruntukan terhadapnya juga dibekukan serta merta.

Beliau dimaklumkan mengenai penggugurannya sebagai ahli MPPP menerusi surat pada Jumaat yang ditandatangani oleh Setiausaha MPPP, Ang Aing Thye.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan