Najib Cadang Dunia Ambil Pendekatan Berbeza Tangani Ekstremisme

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU: Berlatarkan peningkatan ancaman daripada mereka yang memperjuangkan penubuhan Negara Islam, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) bahawa dunia perlu mengambil pendekatan berbeza untuk menumpaskan ekstremis militan dan
ideologi mereka.

Perdana Menteri Malaysia berkata: "Kali ini, (ia) mesti berbeza. Kali ini, kita perlu menumpaskan bukan sahaja golongan ekstremis, tetapi juga idea mereka".

"Dunia perlu mendepani penyelewengan yang dilakukan oleh golongan yang tidak mengikut ajaran agama sebenar dan cuba berkuasa menerusi keganasan," katanya pada debat umum ke-69 UNGA di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia). 

Beliau berkata sebagai gantinya, ajaran Islam sebenar perlu disebar luas, Islam mengasaskan prinsip keamanan, tolerasi dan menghormati, seperti digariskan dalam al-Quran, 'Sunnah' dan 'hadis'. 

Najib berkata, untuk menangani ancaman ekstremisme ketika ini, "persoalannya adalah: bagaimana kita patut respons? Di masa lepas, apabila dunia digerakkan untuk memerangi golongan ekstremis, kita melancarkan perang tanpa perancangan bagi keamanan. Kita hanya menyerang satu kejahatan hanya untuk menyaksikan kemunculan lebih banyak kejahatan."

Najib berkata Iraq dan Syria, yang terjejas teruk akibat perang, berdepan ancaman baharu: pengisytiharan sendiri sebagai Negara Islam, dan mangsanya ialah
golongan Sunni dan Syiah, kaum Yazidi dan Kurd: "sesiapa yang tidak tunduk kepada ancaman senjata". 

"Negara itu, dirampas daripada negara sedia ada dengan keganasan, diperintah menerusi keganasan. Kekuasaannya dikekalkan menerusi paksaan dan pembunuhan
orang awam.

"Pasukan militannya telah memusnahkan kehidupan dan masyarakat. Mereka telah menyebabkan ketidakstabilan di negara yang lemah dan mengancam keselamatan
wilayah," katanya.

Beliau berkata, mereka mencabar dan tidak mengiktiraf negara dan mempengaruhi golongan muda dengan seruan 'jihad' dan mereka mendesak semua orang Islam
bersumpah taat setia kepada kalifah mereka.

"Desakan itu tidak akan dipenuhi selama-lamanya. Kami menolak Negara Islam seumpama itu. Kami menolak negara yang berpaksikan ekstremisme. Dan, kami
mengutuk keganasan yang dilakukan atas nama Islam,” katanya.




iklan

Kolumnis

iklan

Iklan