Sultan Tegur Pakatan Rakyat, Hina Dan Caci Khalid Di Bulan Ramadan

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat menegur pergolakan politik negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat terutama melibatkan jawatan menteri besar.

Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah bagi jawatan 10 Exco Kerajaan  Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini.

Titah baginda, pelantikan Exco yang baharu ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang jawatan menteri besar selangor, yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kemelut dan pergolakan dalam Pakatan Rakyat bermula daripada 'Langkah Kajang' dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

"Timbul pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Abdul Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor," titah baginda.

Menurut baginda, hasutan dan tohmahan terhadap Abdul Khalid berterusan walaupun ketika Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah.

"Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Selangor ini supaya di bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan Ramadan dengan terus  menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat untuk menjatuhkan Abdul Khalid sebagai  menteri besar," titah baginda.

Titah Sultan Selangor lagi, krisis menteri besar ini membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap politik di Selangor.

Sementara itu, baginda mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai menteri besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau berjalan dengan baik dan lancar.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya akan datang. Tetapi kedudukan beta sebagai Sultan yang memerintah Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta," titah baginda.

Tags / Kata Kunci: PKR , Selangor

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan