PAS Korban Kerusi Exco Demi Pakatan Rakyat - Mustafa

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 10:53 PM

Mustafa Ali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mengorbankan satu kerusi Exco kerajaan negeri Selangor milik parti itu bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelesaikan krisis menteri besar, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang perlu diterima oleh parti untuk melihat krisis tersebut selesai dan yakin Azmin Ali, menteri besar yang baharu berusaha mengimbangi suasana yang ada.

Terdahulu, Azmin mengumumkan PAS diberikan tiga jawatan Exco daripada empat kerusi dalam pentadbiran terdahulu.

Namun PAS diberikan jawatan Timbalan Speaker yang dimiliki Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

Daripada 10 jawatan Exco, empat diberikan kepada PKR manakala tiga lagi milik DAP.

Mustafa memberitahu HarakahDaily bahawa Pakatan Rakyat akan bergerak ke hadapan dengan barisan Exco yang baharu itu.

Beliau berkata, PAS menerima barisan Exco yang baharu itu walaupun ianya diluar jangkaan dan memahami Azmin sukar membuat pilihan.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh PAS.

"Musuh sebenar Pakatan adalah Barisan Nasional (BN) dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
   


Tags / Kata Kunci: Mustafa Ali , PAS , Exco Selangor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan