Nik Nazmi Letak Jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya untuk memberi laluan kepada wakil PAS.

Perletakan jawatan Nik Nazmi juga dibuat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dilantik sebagai salah seorang daripada 10 Exco Kerajaan Selangor yang baharu.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, jawatan timbalan speaker itu akan diambil alih oleh wakil PAS.

"Saya telah bersetuju supaya jawatan timbalan speaker disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat," katanya pada sidang di bangunan Setiausaha kerajaan Negeri (SUK) di sini, Jumaat.

Jumlah jawatan Exco Selangor kini terbahagi kepada tiga  PAS, DAP (3) dan PKR (4).

Empat wakil rakyat PKR yang diberikan jawatan Exco ialah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amiruddin Shari (Batu Caves), manakala DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) serta V. Ganabatirau (Kota Alam Shah).

PAS yang mendapat jumlah kerusi tertinggi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pula hanya diwakili oleh Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Sementara itu, Azmin memberitahu, pihaknya akan berbincang dengan PAS mengenai individu yang akan dilantik sebagai timbalan speaker.

"Sebab jawatan timbalan speaker ini akan diberikan kepada PAS... mereka akan putuskan.

"Dan kita akan lantik timbalan speaker yang baharu apabila Dewan (Undangan Negeri) bersidang pada November akan datang," katanya.

Exco PKR ialah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amiruddin Shari (Batu Caves). 


Sementara itu, masing-masing tiga untuk DAP iaitu Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan), V. Ganabatirau (Kota Alam Shah), manakala PAS pula adalah Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).
Tags / Kata Kunci: PKR , Selangor , PAS , DAP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan