Kerajaan Pahang Tanggung Kos Pembedahan Plastik Bayi Diserang Biawak

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 9:10 PM

Nur Hidayah cedera di bahagian muka akibat diserang biawak.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan Negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos sekiranya bayi perempuan lapan bulan yang cedera diserang seekor biawak di Pulau Tioman Selasa lepas, perlu menjalani pembedahan plastik.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang Datuk Mohd Johari Hussain berkata komitmen itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob semasa bercakap dengan bapa bayi itu, Abdul Rahman Ismail menerusi telefon pada Jumaat.

"Saya telah berkomunikasi dengan Menteri Besar (Pahang) yang akan melihat keperluan sekiranya pesakit memerlukan pembedahan plastik ... kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos pembedahan plastik itu," katanya.

Mohd Johari yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata kerajaan negeri juga telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada ibu bapa bayi itu bagi meringankan beban mereka.

Pada kejadian Selasa lepas, bayi terbabit, Nur Hidayah Abdul Rahman terpaksa menerima 150 jahitan di beberapa bahagian mukanya akibat diserang oleh seekor biawak di kuarters pekerja sebuah resort di Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Bayi itu diserang ketika berada di bahagian dapur rumah mereka bersama-sama ibunya. 

Akibat kecederaan parah dialaminya, bayi itu yang pada mulanya dibawa ke Pusat Kesihatan Kampung Tekek dan kemudiannya ke Hospital Daerah Mersing, dipindahkan ke HSA untuk rawatan lanjut.

Mohd Johari berkata keadaan bayi itu semakin stabil dan diharapkan dapat keluar hospital dengan segera.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Adun kawasan Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat.

Selain menyumbang bantuan kewangan, Tengku Putra turut menawarkan kediamannya untuk diduduki oleh ibu bapa bayi itu, Abdul Rahman dan Nor Raudah Abdullah sepanjang kehadiran mereka di Johor Baharu bagi menemani anak mereka.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata keadaan anak perempuannya itu semakin pulih selepas menerima rawatan berterusan daripada doktor dan kakitangan perubatan di HSA.

Bagaimanapun, beliau belum dimaklumkan bila anaknya akan dibenarkan pulang.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan