Hutan Dipelihara Dengan Baik - Jabatan Perhutanan Pahang

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 9:46 PM

Keadaan Hutan Simpan Lesong akibat aktiviti pembalakan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Pahang pada Jumaat menegaskan sekali lagi bahawa kawasan perhutanan di negeri ini masih berkeadaan baik dan terpelihara di sebalik laporan tidak tepat beberapa media tempatan dan pakar alam sekitar yang mendakwa berlaku pencerobohan di kawasan hutan simpan di negeri ini.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Jabatan itu berkata pihaknya sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan di hutan-hutan negeri ini bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sekali gus boleh membawa kemusnahan flora dan fauna hutan berkenaan.

"Kita turut bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menerusi penguatkuasaan dan melakukan pemantauan menerusi satelit agar sebarang pencerobohan seperti pembalakan haram dapat dikesan dan pelakunya dapat kita bawa ke muka keadilan menerusi Akta Perhutanan 1984 (Pindaan 1993)," katanya.

Dalam kenyataan itu lagi, jabatan itu berkata proses pemeliharaan hutan di negeri ini juga turut mendapat pengiktirafan pihak antarabangsa dengan memperoleh Sijil Pengurusan Hutan di bawah Piawaian MC&I (Malaysia Criteria and Indicator) sejak tahun 2002 dan bagi tempoh 2013 hingga 2016.

"Justeru, adalah tidak tepat jika terdapat laporan media yang mendakwa perhutanan di negeri ini terjejas kerana Jabatan Perhutanan negeri telah melakukan pelbagai usaha pencegahan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan hutan di negeri ini tidak musnah begitu sahaja terutamanya daripada ancaman pembalakan haram," kata kenyataan itu.

Sementara itu, melalui satu rencana dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu, Jabatan Perhutanan negeri pada Jumaat turut mengulas berhubung kegiatan pembalakan di sebuah Hutan Simpan Kekal (HSK), Hutan Simpan Lesong, dekat Pekan yang dilihat mengancam hidupan liar di hutan itu.

Menurut rencana itu, HSK diklasifikasikan sama ada sebagai Hutan Pengeluaran atau Hutan Perlindungan yang sejajar dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992).

"Di bawah Hutan Pengeluaran, hutan boleh dibalak manakala hutan perlindungan tidak boleh secara komersial maka tiada lesen pembalakan dikeluarkan untuknya," katanya.

Sebelum ini, pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman dilaporkan sebagai berkata, pembalakan kira-kira 300 hektar tanah di Hutan Simpan Lesong (atau sebesar Cyberjaya) adalah dibenarkan oleh kerajaan negeri kerana sebahagian kayu balak di situ tidak berkualiti dan ia ditebang untuk penanaman semula dengan kayu yang lebih bermutu atau digantikan dengan pokok getah.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan