Exco Tanggungjawab Berat - Nik Nazmi

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 7:32 PM

Nik Nazmi Nik Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pelantikan beliau sebagai Exco Kerajaan Selangor merupakan satu tanggungjawab yang berat.

Bagaimanapun Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ini berkata, tugas itu akan digalas sebaik mungkin.

"Tanggungjawab yang berat. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh menteri besar (Mohamed Azmin Ali) dan Parti Keadilan Rakyat. Harap dapat galas (tanggungjawab) sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan Exco Kerajaan Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini, petang Jumaat.

Berikutan pelantikan jawatan exco itu, Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada wakil PAS.

Sementara itu, seorang lagi exco baharu dari DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata, beliau akan menunggu arahan daripada menteri besar mengenai tugas yang bakal dipikulnya nanti.

Adun Sungai Pinang itu yang kekal memegang jawatan Exco berkata, portfolio yang bakal dipertanggungjawabkan kepadanya masih belum dimuktamadkan kerana masih belum ada perbincangan.

"Saya belum dimaklumkan lagi kerana belum ada perbincangan. Perbincangan akan dibuat selepas ini apabila semua Exco sudah angkat sumpah.

"Saya percaya menteri besar akan panggil untuk mesyuarat bagi kerja-kerja semua Exco," katanya. 

Teng yang sebelum ini merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan berkata, banyak kerja yang tertunggak untuk diuruskan selepas ini.

"Banyak kerja menunggu kerana sudah tujuh minggu  tinggalkan pejabat, saya jangkakan sudah tentu banyak kerja tertunggak untuk diuruskan.

"Sudah tentu dalam dua tiga bulan akan datang akan menjadi sibuk. Kita perlu menunggu arahan daripada menteri besar yang baharu apakah tugas selanjutnya yang akan dipikul oleh saya," katanya.

Jumlah jawatan exco Selangor baharu dibahagikan kepada tiga parti Pakatan Rakyat adalah tiga kepada PAS, DAP (3) dan PKR (4).

Empat wakil rakyat PKR yang diberikan jawatan Exco ialah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amiruddin Shari (Batu Caves), manakala DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) serta V. Ganabatirau (Kota Alam Shah).

Exco dari PAS pula diwakili oleh Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).
Tags / Kata Kunci: Exco Selangor , Nik Nazmi Nik Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan