Pengkalan Kubor: Penambahan Majoriti Kejutkan BN - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 8:43 AM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersama penyokong Barisan Nasional (BN) mengaminkan doa yang dibaca oleh anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor yang baru, Mat Razi Mat Ail (kiri) selepas calon BN itu memenangi kerusi DUN Pengkalan Kubor.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah kejayaan luar biasa.

Katanya, BN tidak menjangka akan menang dengan memperolehi majoriti lebih besar daripada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Ia satu keputusan yang agak luar biasa.

"Dari segi majoriti yang kita terima juga di luar jangkaan iaitu 2,635 undi, lebih daripada majoriti yang diperolehi wakil rakyat yang lalu," katanya pada sidang media selepas pengumuman rasmi keputusan PRK Pengkalan Kubor di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini, malam Khamis.

Hadir sama calon BN, Mat Razi Mat Ail, Pengarah Jentera Operasi PRK DUN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa pimpinan parti.

Menurut Muhyiddin, keputusan itu menunjukkan satu permulaan yang baik dan memberangsangkan dalam usaha BN memberi keyakinan kepada rakyat, khususnya di Kelantan.

Jelasnya, kemenangan ini juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai keyakinan terhadap pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerajui negara dan parti.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata, selain keberkesanan jentera pilihan raya yang tidak membawa kepada sebarang gangguan, faktor calon juga menjadi penyumbang kepada kemenangan besar BN.

"Calon kita baik, diterima baik, perwatakannya tak perlu cerita dan hubungan erat dengan pengundi.

"Dari segi kempen kita menjelaskan isu-isu seperti isu royalti minyak, tentang status yang sebenar," katanya.

Muhyiddin juga percaya faktor kemelut Pakatan Rakyat di Selangor dan hubungan yang tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP juga menjadi penilaian pengundi.

"Saya percaya pengundi dapat buat penilaian bahawa situasi sebegini tidak baik, kalau berterusan akan membawa impak berterusan kepada Pengkalan Kubor.

"Dia bagi isyarat untuk menolak PAS dan Pakatan rakyat kerana dasar-dasar mereka yang bercanggah, fatwa-fatwa songsang, perkara tak benar yang dilemparkan kepada kita...semua ini ada kesan kepada pengundi," katanya.

Menerusi pilihan raya kali ini, BN hanya kalah di tiga daripada 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM), namun majoritinya lebih rendah.

Katanya, BN akan menunaikan segala janji dari segi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial kepada pengundi.

Dalam pilihan raya tersebut Mat Razi, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi.

Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 38  undi.

Pada PRU ke-13 lalu, BN menang dengan majoriti 1,736 undi.

Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan