PRK Pengkalan Kubor: Tiada Sebarang Bantahan Oleh Parti Bertanding - SPR

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 11:27 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) bersama anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor yang baru, Mat Razi Mat Ail (tengah) mengangkat tangan selepas calon Barisan Nasional (BN) itu memenangi kerusi DUN Pengkalan Kubor, Khamis.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang bantahan oleh mana-mana parti yang bertanding sepanjang perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Khamis.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor Mohd Sobri Ramli berkata PRK itu berlangsung dalam suasana terkawal dan tiada sebarang kekacauan yang mengganggu kelancaran proses pengundian.

"Kami berpuas hati dengan perjalanan PRK ini dan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memastikan kelancaran ketika hari pengundian," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi PRK Pengkalan Kubor di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di sini Khamis malam.

Beliau berkata perjalanan PRK yang berlangsung kali ini adalah telus dan tiada ruang untuk ketiga-tiga parti bertanding melakukan sebarang bantahan.

Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi DUN Pengkalan Kubor apabila calonnya, Mat Razi Mat Ail, memperoleh majoriti 2,635 undi pada PRK hari ini.

Majoriti undi juga meningkat sebanyak 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, pada pilihan raya umum ke-13.

Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi.

Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja.

Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Tags / Kata Kunci: PRK pengkalan kubor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan