Laporan Penuh JKKP Insiden Runtuhan Konkrit MRT Minggu Depan

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan penuh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenai insiden runtuhan landasan konkrit di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 18 Ogos lepas dijangka siap sepenuhnya minggu hadapan.

Ketua Pengarah JKKP Ir. Mohtar Musri berkata laporan itu kini telah siap hampir 90 peratus, dan masih menunggu beberapa lagi bahan bukti untuk melengkapkannya.

"Laporan itu sudah hampir siap, menurut Pengarah JKKP Selangor mungkin minggu hadapan laporan kami akan siap dan kami akan serahkan kepada penasihat undang-undang kami untuk mengambil tindakan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967, kami nak kenal pasti punca kemalangan, faktor kemalangan, kami perlu bukti-bukti yang kukuh.

"Kalau ada kecuaian mana-mana pihak, kami akan bawa pihak-pihak tersebut ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Rondaan Keselamatan (SPU) JKKP di sini, Khamis.

SPU berperanan membuat pemantauan di tapak-tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dan MRT bagi mengelakkan kejadian runtuhan berulang.

Unit ini ditubuhkan dalam kalangan kontraktor utama, subkontraktor dan jururunding bagi memantau dan memeriksa tahap keselamatan di tapak bina secara berterusan.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem, dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Mohtar, berharap penubuhan SPU dapat membantu dan menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di tapak binaan.

Beliau berkata bagi tempoh Januari sehingga Ogos, JKKP telah menjalankan penguatkuasaan dengan melakukan 40 sesi pemeriksaan di tapak projek LRT.

Pada 18 Ogos lepas, landasan konkrit seberat 490 tan runtuh di projek pembinaan MRT pakej V1 Sungai Buloh, Selangor dan menghempap tiga pekerja warga Bangladesh.

Ketiga-tiga pekerja itu maut dalam kejadian pada 8.30 malam itu.

Mengikut siasatan awal dilakukan oleh pihak Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menyatakan tiada pengawasan yang mencukupi antara faktor yang membawa kepada keruntuhan blok landasan projek itu.

Berikutan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan peletakan jawatannya tetapi ia ditolak oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.


Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan