Kerjasama IPTS Penting Untuk Transformasi Sistem Pendidikan Negara - TPM

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 3:06 PM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peranan dan kerjasama institusi pengajian tinggi swasta penting untuk transformasi sistem pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengakui sumbangan signifikan sektor swasta dalam meningkatkan kualiti penyediaan pendidikan negara.

Beliau berkata sebagai penyedia program prauniversiti antarabangsa sejak 1970-an, institusi ini juga memainkan peranan penting dalam pendemokrasian dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi di negara ini.

"Setakat ini, institusi pengajian tinggi swasta telah menunjukkan kedinamikan tinggi dalam respons terhadap trend dan keperluan global", katanya pada majlis penyampaian biasiswa dan anugerah Yayasan Jeffrey Cheah (JCF) di Universiti Sunway di sini Khamis.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kerajaan menyasarkan untuk menarik 200,000 pelajar asing menjelang tahun 2020, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan bagi pendidikan global.

Beliau berkata data Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa setakat Jun tahun ini, terdapat kira-kira 91,000 pelajar antarabangsa sedang melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Laporan Unesco 2012 juga meletakkan Malaysia pada ranking ke-12 di dunia sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan pelajaran, katanya dan menurut Muhyiddin, pengiktirafan itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh negara.

"Dengan dasar baharu kami untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di semua peringkat, saya yakin lebih banyak pelajar antarabangsa akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka untuk melanjutkan pelajaran," katanya.

Tahun ini, JCF menganugerahkan biasiswa bernilai lebih RM33 juta kepada 3,500 pelajar yang layak.

Muhyiddin turut memuji usaha Kumpulan Pendidikan Sunway menambah baik sektor pendidikan.

Beliau turut menggesa Kumpulan Sunway dan JCF menimbangkan untuk turut serta dalam usaha meningkatkan pendidikan asas menerusi program kerjasama swasta-awam kementerian seperti program Sekolah Teras.
Tags / Kata Kunci: IPTS , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan