PRK Pengkalan Kubor: Calon, Pengundi Laksana Tanggungjawab

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada Khamis bermula tepat pukul 8 pagi.

Dalam pemilihan kali ini, seramai 23,929 pengundi yang berdaftar di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor layak membuang undi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Sehingga pukul 2 petang, sejumlah 64 peratus pengundi (15,443 orang) telah keluar mengundi dan keadaan di semua pusat pengundian dilaporkan tenang dan terkawal.

Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan pada pukul 8.23 pagi untuk membuang undi.

Beliau yang berjubah putih dan berkopiah hadir ditemani dan penyokong-penyokongnya.

Sementara itu, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bendang Pak Yong lebih awal iaitu pada pukul 8.02 pagi.

Beliau yang mengenakan baju kemeja putih hadir diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yusof.

Dalam pilihan raya kali ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuka sebanyak 11 pusat mengundi, melibatkan 45 saluran di 11 buah sekolah.

Persaingan pada kali ini adalah persaingan tiga penjuru yang turut melibatkan seorang calon Bebas, Izat Bukhary Izat Ismail.

PRK Pengkalan Kubor diadakan selepas kematian Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati 20 Ogos lalu.


Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , PAS , BN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan