Deepavali Disambut 22 Oktober - Persatuan Hindu Sangam

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia meminta masyarakat India supaya tidak keliru dengan tarikh sambutan Hari Deepavali atau pesta cahaya di Malaysia.

Presidennya Datuk R.S Mohan Shan berkata penganut Hindu akan menyambut perayaan tersebut pada 22 Oktober dan bukannya 23 Oktober seperti yang dicetak dalam kebanyakan kalendar di negara ini.

"Penganut Hindu harus menyambut Deepavali pada ‘Saturthasi Tithi’ iaitu hari ke-14 haribulan ‘Iypasi’ berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’.

"Sambutan perayaan tersebut hanya boleh disambut pada 22 haribulan dan tidak boleh disambut pada 23 Oktober kerana hari itu adalah "Amavasai"," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Beliau berkata Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam turut memutuskan 22 Oktober sebagai hari perayaan tersebut.

Kekeliruan itu berlaku akibat kesalahan cetakan dalam kalendar dan perayaan itu akan bermula pada terbit fajar 22 Okt.

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenanganatas kematian Raja Naragasura yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu dan akhirnya dibunuh oleh dewa MahaKrishnan. 

Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Raja Naragasura meminta semua orang agar meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik.

Perkataan Deepavali pula merupakan gabungan perkataan "Deepa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. 

Tags / Kata Kunci: Perayaan Deepavali

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan