Azmin Tak Dapat Selamatkan Pakatan Rakyat – Syed Ali

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 11:12 AM

Syed Ali Alhabshee

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun baru sahaja menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mula berhadapan cabaran apabila keupayaan dan kepemimpinannya diperlekeh dan dipertikaikan.


Seorang pemimpin Umno dengan lantang yang menyuarakan pandangannya menerusi laman blognya menganggap Azmin tidak akan mampu  menyelesaikan kemelut perpecahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat yang kini di tahap kronik.

Malahan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee juga berpendapat, Azmin umpama ‘budak suruhan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan menimbulkan krisis politik berpanjangan dalam parti itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Azmin atas nasihat Anwar akan ‘mempermainkan’ PAS dalam pelantikan Exco Kerajaan Selangor.

"Pelantikan Azmin sebagai MB Selangor bukan sahaja mencetuskan konflik perpecahan Pakatan Rakyat yang baharu, tetapi juga menimbulkan kemarahan penyokong Dr Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), juga puak ulama dalam PAS yang mahu pemimpin parti itu mengganti tempat Khalid.

“Saya juga percaya puak-puak yang menyokong Dr Wan Azizah dalam PKR tidak akan senang dengan Azmin dan akan melakukan sabotaj dalam parti itu.

“Saya mahu tanya di sini mana Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Badrul Hisham Shaharin akan letak muka bila Azmin dilantik MB?," katanya dalam entri terbaharunya di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Pada Selasa, sebaik selesai majlis angkat sumpah jawatannya, Azmin menganggap cabaran besar yang perlu dihadapinya adalah untuk menyatupadukan semua parti dalam Pakatan Rakyat bagi melancarkan proses pentadbiran negeri berkenaan.

Langkah itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu untuk memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi.

Bagaimanapun, menerusi entrinya, Syed Ali menambah, Azmin juga tidak akan mampu menyelamatkan Pakatan Rakyat yang ketika ini berhadapan situasi retak menanti belah itu.

“Kalau PKR boleh membelakangkan Pas dalam membuat keputusan besar antaranya isu Langkah Kajang dan calon MB Selangor tidak mustahil parti itu akan melantik mana-mana wakil rakyat Pas yang senada dengan parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas ini,” ujarnya.

Menurut Syed Ali lagi, Pakatan Rakyat bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar tetapi sekadar persefahaman politik untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum.

“Dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai dasar yang jelas untuk membangun rakyat dan negara selain bercita-cita besar mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan