SPR Tolak Dakwaan Sengaja 'Sekat' Pengundi Luar Pulang Mengundi

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 5:47 PM

Abdul Aziz Mohd Yusof

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan PAS bahawa pihaknya sengaja menetapkan tarikh pilihan raya pada hari berkerja untuk 'menyekat' pengundi luar pulang mengundi hingga menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa mengisytiharkan cuti.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, rekod SPR menunjukkan hari mengundi tidak mempengaruhi jumlah pengundi yang keluar membuang undi.

"Kita telah adakan  hari mengundi pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis. Daripada rekod yang kita ada jumlah pengundi tak bergantung kepada hari berkerja atau hari tak berkerja.

"Ada masanya hari mengundi itu hari cuti...jumlah keluar mengundi amat rendah dan mengecewakan SPR dan ada masanya hari mengundi itu hari bekerja tapi jumlah keluar mengundi berlebihan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sini, Rabu.

Menjawab dakwaan PAS itu, beliau berkata, mengisytiharkan cuti peristiwa pada tarikh PRK Pengkalan Kubor adalah hak kerajaan negeri, namun ia juga tidak menjamin peratusan mengundi akan meningkat.

"Adakah dengan memberi cuti itu jumlah yang keluar mengundi lebih ramai, lebih daripada PRU-13.

"Ada kemungkinan beri cuti itu dia (pengundi) pergi berjalan pula, pergi ke Thailand, Kuala Lumpur, saya agaklah, dan saya harap pengundi jangan begitu," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa penetapan tarikh PRK Pengkalan Kubor dibuat selepas menghubungi beberapa pimpinan tertinggi parti bagi mengadakan rundingan dan terdapat persetujuan secara prinsip tentang perkara itu.

Mengenai jangkaan peratusan keluar mengundi, beliau berkata, SPR menjangkakan lebih 70 peratus akan keluar membuang undi pada Khamis.

Peratusan keluar mengundi pada PRU-13 adalah 69 peratus.

Dalam masa sama, beliau turut mengulangi bahawa berdasarkan rekod daftar pemilih SPR, kira-kira 80 peratus pengundi bekerja di Pengkalan Kubor, bukan makan gaji.

"Mereka tidak bekerja pada waktu pejabat, boleh datang bila-bila masa sahaja," katanya.


Tags / Kata Kunci: SPR , tarikh , PRK , PAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan