Tindakan Tegas Terhadap Guru Yang Meniup Sentimen Perkauman Di Sabah

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 5:47 PM

Jame Alip bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru sebelum peperiksaan UPSR baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Tindakan tegas akan diambil terhadap guru yang dikesan meniup sentimen api perkauman di negeri ini, kata Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip.

Menurut beliau tindakan itu boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini khususnya di Sabah yang mempunyai pelbagai kaum etnik.

"Saya tidak akan berkompromi dengan guru yang membuat sentimen perkauman. Jangan tiup api perkauman untuk kepentingan peribadi. Sentimen seperti ini harus kita hapuskan supaya tidak meruntuhkan keharmonian rakyat yang telah disemai selama ini," katanya ketika merasmikan Program Pendidikan Kenegaraan peringkat daerah Sandakan pada Rabu.

Beliau berkata sebagai guru, tumpuan harus diberikan kepada tugas untuk mendidik pelajar dan kepentingan menyokong dasar pendidikan negara.

"Jangan sesekali memaki kerajaan dan jika ada guru dikesan khususnya menerusi laman sosial akan diambil tindakan mengikut peraturan sedia ada. Saya tidak mahu ia berlaku," katanya.
|
Jame berkata penganjuran program pendidikan kenegaraan sesuai bagi menanam semangat patriotisme kalangan guru dan pelajar .

Ia adalah  penting agar mereka tidak terpengaruh dengan cubaan pihaktertentu yang cuba mengugat perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini, katanya. 

Tags / Kata Kunci: isu perkauman , Datuk Jame Alip

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan