Sebahagian Kecil Struktur Pasar Payang Akan Diroboh - Menteri Besar

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 9:37 PM

Sebahagian kecil struktur Pasar Payang akan diubah.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Hanya sebahagian kecil struktur Pasar Besar Kedai Payang di sini akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan semula pasar berkenaan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata struktur berkenaan telah disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan projek pembangunan semula pasar berkenaan akan dijalankan secara berperingkat.

"Untuk permulaan, kita akan robohkan bahagian pasar yang menempatkan peniaga ikan dan peniaga batik dari tingkat atas dan mereka akan meneruskan perniagaan di pasar sementara bertempat di Pulau Warisan.

"Selepas bangunan itu siap, barulah peniaga buah dan barangan runcit pula dipindahkan ke pasar sementara bagi membolehkan kerja ubah suai di kawasan mereka pula dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13, Rabu.

Mengulas lanjut Ahmad Razif berkata, pembangunan semula pasar itu adalah mengikut kehendak dan aspirasi rakyat dan kerajaan negeri akur dengan keputusan itu walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

"Mengikut pelan asal, kita mahu merobohkan semua struktur Pasar Kedai Payang itu dan pemaju akan membina hotel dan pangsapuri di atas tapak asal serta membina semula Pasar Payang di dalam kompleks itu secara percuma untuk kerajaan negeri.

"Namun, hasil keputusan jawatankuasa khas yang turut dianggotai pemimpin kerajaan dan pembangkang, persatuan pelancong dan peniaga, tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Sebaliknya, keputusan sebulat suara mahukan pembangunan semula mengekalkan bangunan sedia ada dengan hanya sedikit ubah suai seperti ruang niaga berhawa dingin, eskalator dan lif," katanya.

Pasar Kedai Payang juga akan disambungkan dengan Bazar Warisan melalui pembinaan jejambat dan kerajaan negeri juga akan membina semula replika jam besar, perahu payang dan telaga seri amar, katanya.

Selain itu Ahmad Razif berkata kerajaan negeri turut bercadang mewujudkan perkhidmatan bas bandar percuma kepada pelancong tempatan dan luar negara.

"Langkah itu dilihat lebih mesra pelancong, selain mahu memberi keselesaan kepada pelancong yang mahu melihat keunikan sekitar Bandar Raya KualaTerengganu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan