PAS Nafi 'Berseorangan' Di Pengkalan Kubor

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 2:48 PM

Tuan Ibrahim Tuan Man

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: PAS menafikan parti itu 'berseorangan' tanpa dibantu Parti Keadilan rakyat (PKR) dan DAP dalam usaha merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor daripada Barisan Nasional (BN).


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, istilah 'berseorangan' hanyalah persepsi dan ia timbul kerana beberapa faktor, termasuk faktor pelantikan menteri besar yang baharu di Selangor.

"Dalam masa dua hari mereka terpaksa uruskan perkara yang melibatkan pimpinan induk yang dipanggil bermesyuarat.

"Kita faham situasi ini dan kita boleh tanganinya. PAS kempen seorang diri 'hanya persepsi'," katanya pada sidang media PRK Pengkalan Kubor di sini, Rabu.

Katanya, PAS tidak melihat situasi ini sebagai masalah kerana pimpinan tertinggi PKR dan DAP telah pun turun ke sini pada hari penamaan calon, 13 September lalu sebagai tanda sokongan.

Jelasnya, ketiadaan jentera DAP sepanjang tempoh kempen disebabkan faktor peratusan pengundi Cina yang kecil di kawasan Pengkalan Kubor, namun itu tidak bermaksud DAP tidak menyokong PAS.

"Di Kuala Besut (PRK) dulu pun DAP tak turun. Ini kerana faktor pengundi Cina di sini yang tidak ramai, cuma 100 lebih sahaja.

"Tetapi gerak kerja daripada PKR khususnya PKR negeri sangat baik, bilik gerakan dan jentera mereka beroperasi setiap hari, malah lapan orang ahli jawatankuasa operasi PRK Pengkalan Kubor adalah dari PKR dan mereka duduk bersama dalam mesyuarat kita," katanya.

Ceramah umum malam Selasa yang kononnya akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menimbulkan tanda-tanya dan mengundang persepsi tidak baik terhadap PAS apabila ia tidak dihadiri pimpinan tertinggi PKR dan DAP.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan