Akibat Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga - KP Pelajaran

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 11:52 AM

Dr Khair Mohamad Yusof.

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof merasa kesal kerana terdapat golongan guru yang tidak berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran ketika melaksanakan tanggungjawab, budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti dalam kalangan penjawat awam termasuk guru perlu diamalkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ialah walaupun budaya kerja cepat dan tepat itu ada, tetapi terdapat guru yang tidak berintegriti.
 
"Kumpulan ini (tidak berintegriti) di kalangan guru, saya panggil sebagai 'guru nila setitik', bukan guru sejati. Kalau nila setitik jatuh dalam susu, maka boleh rosak susu satu belanga. Ini yang berlaku kepada kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
 

"Ada di kalangan guru yang sanggup menggadaikan kemuliaan profesion guru. Dalam usaha hendak membantu murid mereka mencapai kejayaan dengan cepat, memang bagus, tetapi takkan bagi semua soalan peperiksaan bocor. Inilah rendahnya martabat integriti guru berkenaan," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini malam Selasa.

Beliau menyifatkan guru seperti itu sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan.
 
"Kita tidak boleh berkompromi dengan mereka. Kita tahu kalau melakukan sebarang kesalahan memang ada ruang untuk dimaafkan, tetapi kalau hendak menjaga
kemuliaan profesion dan kesejatian seorang guru, maka saya tidak boleh berkompromi. Mereka memang tidak sesuai berada dalam sistem dan profesion yang mulia ini.
 
"Kita semua harus melaksanakan tugas yang diamanahkan secara beradap dan mengikut peraturan bagi memastikan imej kerajaan sentiasa dipandang tinggi.
 
"Perkhidmatan awam adalah komponen penting dan penghubung dalam menterjemahkan misi kerajaan. Untuk itu kita perlu sama-sama mengukuh ikrar janji setia dan bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan yang bersatu, dinamik dan progresif dalam melaksanakan proses tranformasi negara," kata Khair.

Bagi anugerah itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang muncul johan bagi kategori sekolah menengah, naib johan Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah dan tempat ketiga Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu, Terengganu.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, RM3,500 dan RM2,500 serta trofi, sijil dan buku.

Bagi kategori sekolah rendah, johan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jerangau, Hulu Terengganu, naib johan SK Matang Jaya, Padawan, Sarawak, manakala tempat ketiga SK Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM2,500 dan RM1,000 serta trofi, sijil dan buku.
Tags / Kata Kunci: KP Pelajaran , UPSR bocor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan