Kempen Ceramah PAS Hilang Seri Tanpa Pemimpin Utama PKR, DAP ‪

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 9:49 AM

Nik Aziz sedang berceramah pada kempen calon PAS di Kampung Geting malam Selasa.

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR:Harapan penduduk dan penyokong Pakatan Rakyat di sini untuk mendengar amanat terakhir pimpinan tertinggi mereka sebelum pilihan raya kecil 'terkubur' apabila beberapa pemimpin yang diharapkan berucap di pentas ceramah tidak muncul.


Ceramah umum tersebut, yang kedua, dan terakhir dalam siri kempen PAS dan Pakatan Rakyat dalam misi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor daripada Barisan Nasional (BN) 'kurang berseri' kerana ketiadaan pemimpin yang ditunggu-tunggu.

Antara pemimpin yang dinanti-nantikan tetapi tidak hadir ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang mana wajah mereka telah menghiasi poster iklan ceramah berkenaan. 

Walaupun kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedikit-sebanyak mengubat keresahan hati pengunjung yang dianggarkan 1,500 orang, ketiadaan Anwar dan Kit Siang secara tidak langsung menunjukkan Pakatan Rakyat yang berdiri daripada hasil gabungan tiga parti tempang dalam PRK kali.

Pemimpin PAS lain yang hadir menyampaikan amanat mereka termasuklah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.

Dalam tempoh kempen yang berbaki sehari sahaja lagi, PAS dilihat 'berseorangan' dalam usahanya untuk menang tanpa menerima sokongan, suntikan semangat dan bantuan daripada pimpinan tertinggi PKR dan DAP walaupun hanya pada saat-saat akhir kempen.

Sementara itu, Penasihat Jawatankuasa Operasi PRK Pengkalan Kubor Datuk Takiyuddin Hasan yang ditemui pada pagi Selasa berkata ramai pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tidak dapat mengesahkan kehadiran mereka lebih awal atas sebab-sebab tertentu.

Menurut beliau, jawatankuasa telah menghubungi beberapa pimpinan parti tertinggi sebelum ini.

Katanya, pimpinan PKR kebanyakannya sibuk dengan pelantikan majlis dan urusan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Pelantikan dibuat pada hari ini (Selasa) dan kita tidak tahu mengenainya.

"Pimpinan DAP, saya difahamkan mengadakan mesyuarat pada hari ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan sidang media harian, Selasa.

Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , ceramah , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan