Dua Adun PAS Selangor 'Lebih Baik Tak Terima' Jawatan Exco - Khalid Samad

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 4:08 PM

Khalid Samad

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor perlu membuat pertimbangan sewajarnya jika ditawarkan menjadi Exco negeri berkenaan.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, pertimbangan itu perlu supaya tidak berlaku salah faham di kalangan ahli parti dan masyarakat serta menimbulkan keadaan tidak baik kerana mereka terlebih dahulu membuat pengakuan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan menteri besar sekarang.

"Kalau mereka dicadangkan sekali pun dan mereka terima, kita khuatir timbul salah faham dan salah tafsiran bahawa seolah-olah jawatan itu diberi bukan atas dasar kemampuan dan kebolehan tetapi atas dasar mereka menyokong (Dr Wan Azizah).

"Saya rasa mereka tak akan dilantik kerana itu tak akan timbulkan keadaan yang baik," katanya yang ditemui pemberita di Markas Besar PAS di sini, Rabu.

Bagaimanapun katanya, secara peribadi beliau berpandangan dua Adun tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) tidak patut menerima jawatan itu jika dilantik mengisi kekosongan kerusi Exco di negeri itu.

"Secara peribadi saya rasa lebih baik tak terima kerana ia akan menimbulkan macam-macam salah faham," katanya.

Katanya, beliau yakin Saari dan Hasnul dapat memahami situasi ini dan mahu membuktikan bahawa sokongan yang diberikan bukan dibuat atas dasar tertentu.

"Saya rasa kedua-dua mereka pun mamahami dan mereka pun nak buktikan mereka beri sokongan itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Saya yakin jika ditawarkan oleh Azmin sekali pun, mereka cukup pintar untuk mamahami bahawa implikasinya," beliau memberi pandangan.

Beliau menambah, sekiranya berlaku situasi di mana kedua-dua mereka ditawarkan ke jawatan Exco, mereka perlu merujuk kembali persoalan itu kepada pimpinan.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, bagaimanapun dua Adun tersebut tidak harus dilabel sebagai pemberontak dan mereka masih lagi ahli PAS.

Katanya, apa yang dilakukan mereka adalah satu tanda bahawa mereka tidak menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu masih memegang jawatan menteri besar.

Tags / Kata Kunci: Adun , PAS , Khalid Samad

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan