Tiada Lagi Pihak Harus Pertikai Kuasa Sultan Lanti MB - Noh

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 11:23 PM

Noh Omar.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Barisan Nasional (BN) Selangor berharap tiada lagi pihak mempertikaikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana kemelut isu menteri besar di negeri itu sudah pun selesai dan ia membuktikan prinsip Raja Berperlembagaan telah dijunjung melalui keputusan Sultan Selangor itu.

"Mengenai konsep Raja Berperlembagaan, Sultan Selangor sudah memilih menteri besar yang baharu dan tiada mana-mana pihak dan parti politik yang boleh mempersoalkan kuasa Sultan yang diberikan dalam negeri Selangor.

"Selepas ini rakyat Selangor akan melihat kerajaan Pakatan Rakyat termasuk menteri besar baharu itu wibawa atau tidak dan BN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media BN di sini, Selasa.

Noh berkata BN juga akan memantau sama ada menteri besar baharu itu melaksanakan segala janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu termasuk isu air.
 
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri besar Selangor yang baharu bukanlah sesuatu perkara yang signifikan bagi negeri terkaya itu, tetapi hanya 'menumpang' kejayaan yang telah dilakukan kerajaan BN selama 15 penggal.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata 95 peratus daripada pembangunan di negeri itu disumbangkan oleh kerajaan BN.

"Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13, pihak pembangkang mula mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dan sekiranya terdapat sumbangan mereka (kepada negeri itu), jumlahnya kurang daripada lima peratus.

"Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) dan Azmin selaku menteri besar baharu hanya menyambung kejayaan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Seminar Industri Kewangan Islam: Antara Kefahaman, Pelaksanaan dan Sikap, di sini Selasa.

Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah, di sini pada kira-kira 10.45 pagi.

Timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat itu mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak 2008.

Tags / Kata Kunci: Noh Omar , kuasa Sultan , MB Selangor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan