Tiada Telur Tiruan Di Pasaran - Dr Noor Hisham

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendapati tiada telur tiruan yang menyerupai telur asli dijual di pasaran tempatan seperti yang disebarkan melalui laman sosial akhir-akhir ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

Beliau berkata Kementerian Kesihatan memandang serius isu ini dan telah menjalankan siasatan. 

"Kementerian Kesihatan berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Orang ramai juga boleh membuat aduan melalui laman web http://fsq.moh.gov.my, katanya. 

Dr Noor Hisham berkata perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14(1) dan 14(2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

Beliau berkata Seksyen 14(1) menyatakan larangan menjual apa-apa makanan yang bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Seksyen 14(2) pula melindungi pembeli yang meminta untuk membeli makanan yang mematuhi akta ini. Peraturan 171(1) memperuntukkan definisi telur di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata pada tahun 2011, isu yang sama juga telah ditimbulkan dengan dakwaan wujudnya telur tiruan yang mengandungi bahan-bahan kimia dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. 

Kuning dan putih telur diperbuat dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida dan air serta bahan pewarna makanan, katanya.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan