Pastikan Mereka Yang Diupah Melontar Faham Pelaksanaan

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 10:48 PM

Jemaah haji sedang melontar Jamrah.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Jemaah haji yang uzur untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah di Mina, yang merupakan antara enam perkara wajib dalam ibadah haji, perlu memastikan orang yang diwakilkan untuk melakukan ibadah itu faham memgenai pelaksanaannya.

Pengerusi Pakar Rujuk Musim Haji 1435 Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ini penting kerana orang yang diwakilkan atau diupah untuk melontar itu perlu melakukan kesemua pusingan melontar itu bagi setiap orang yang diterima upahnya, dan bukan melakukan satu lontaran untuk setiap orang yang mengupahnya.

Ibadah melontar bermula dengan melontar Jamrah Kubra yang bermula selepas separuh malam 10 Zulhijjah sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah, dan diikuti dengan melontar Jumrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. 

"Saya menasihati jemaah haji yang mahu mengupah orang lain untuk melakukannya, pilihlah mereka yang telah dikenal pasti oleh Tabung Haji (TH), dan jangan bagi kepada sebarang orang," katanya kepada media Malaysia semasa mengadakan lawatan di Pusat Rawatan Syisyah di sini pada Isnin.

Beliau bersama dua lagi pakar rujuk, iaitu Datuk Fadzil Awang and Dr Anisah Abdul Ghani, yang diiringi Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tengku Aziz Raja Abdullah, mengadakan lawatan terhadap jemaah haji yang dimasukkan ke Pusat Rawatan Shisyah di sini.

Lawatan mereka itu untuk mendapatkan maklumat ibadah daripada pesakt terutama mereka yang masih dalam ihram, dan belum menyelesaikan ibadah umrah memandangkan wukuf semakin hampir, kira-kira 10 hari lagi.

Hassan berkata sebelum jemaah haji yang uzur mewakilkan ibadah melontar kepada orang lain, mereka perlu mendapatkan pengesahan doktor dan pegawai agama maktab untuk berbuat demikian.

Menyentuh isu yang telah dirujuk kepada pakar rujuk untuk musim Haji kali ini, Hassan berkata hanya satu dua kes yang timbul termasuk isu sama ada isteri boleh menjadi badal haji untuk suami yang meninggal dunia.

Beliau berkata jika isteri belum pernah menunaikan haji, dan ini merupakan kali pertama, maka ia tidak boleh membuat badal haji untuk arwah suaminya.

"Hanya isteri yang telah menunaikan haji sebelum ini yang boleh menjadi badal haji kepada arwah suaminya," katanya.

Beliau berkata selain itu, jika suaminya pernah mengerjakan haji, maka isteri tidak perlu mengadakan badal haji, kecuali jika arwah suaminya meninggalkan wasiat, maka isteri perlu menunaikannya.
Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , melontar Jamrah , Hassan Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan