Kelantan 'Anak Emas' Kerajaan Pusat

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 3:18 PM

Mustapa (dua dari kanan) menyampaikan cek bantuan RM50,000 kepada Surau Haji Daud yang diwakili Imam surau tersebut, Mohamad Nor Daud (tiga dari kiri) di Kampung Tebing di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Kelantan merupakan 'anak emas' kerajaan Persekutuan dalam beberapa perkara, terutamanya pembiayaan defisit perbelanjaan mengurus.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kelantan paling teruk mengalami defisit dalam akaun perbelanjaan mengurus, tetapi tetap dibantu kerajaan Persekutuan.

"Dalam beberapa hal, Kelantan menjadi anak emas kerajaan Pusat termasuklah kesediaan untuk membiayai defisit perbelanjaan mengurus.

"Hasil kerajaan negeri tak cukup untuk menampung perbelanjaan mengurus dan kerajaan Pusat dengan hati terbuka membantu," katanya pada sidang media di Pusat Media PRK Pengkalan Kubor di sini, Selasa.

Menurut Mustapa, dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun, kerajaan Pusat telah membelanjakan sebanyak RM590 juta untuk menampung defisit perbelanjaan mengurus di Kelantan.

Katanya, pada tahun lepas sebanyak RM86 juta telah dibelanjakan di Kelantan untuk tujuan yang sama.

"Hanya setahun sahaja kerajaan negeri tak minta bantuan kerajaan Pusat," katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata dengan bantuan yang diberikan, adalah tidak wajar PAS, yang memerintah kerajaan negeri mendakwa kerajaan Pusat sebagai zalim dan mengabaikan pembangunan di Kelantan.

"Kita sudah buat banyak di Kelantan tapi masih lagi dikatakan kita zalim dan rakyat kelantan ditindas. Ini fitnah semata-mata.

"Kita bukan mengungkit, ini tanggungjawab kita, tapi kalau dia kata kita zalim, kita sekat, itu tak benar, kalau kita zalim kita tak bagilah wang tersebut," jelasnya.

Mengenai perkembangan PRK Pengkalan Kubor, Mustapa berkata, BN akan berhenti berkempen pada petang Rabu.

Katanya, malam Rabu adalah 'tempoh bertenang' bagi BN dan akan diisi dengan program solat hajat memohon kemenangan BN.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , defisit , kerajaan Pusat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan