Masyarakat Perlu Tingkat Kesedaran Mengenai Ancaman ISIS

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 8:13 PM

Zulkifeli Mohd Zin.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Masyarakat khususnya yang menetap di pantai timur Sabah perlu meningkatkan kesedaran mengenai ancaman pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di kawasan itu.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ISIS merupakan ancaman yang nyata dan pihak berkuasa perlu mengambil langkah tertentu bagi membendungnya daripada berkembang dan menjadi kenyataan.

"Kesedaran ancaman ISIS perlu diuar-uarkan supaya masyarakat tahu dan kita memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk memantau sebarang aktiviti tertentu yang melibatkan aspek militansi di sana supaya mereka membantu pihak ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ancaman ISIS kepada negara selepas merasmikan bangunan Pusat Latihan Peperangan Elektronik (PLPE), di kem Paya Jaras di sini, Selasa.

Zulkifeli berkata terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti militan seperti di Syria dan Iraq yang kononnya sanggup berjuang berlandaskan jihad.

"Kebimbangan saya apabila mereka kembali ke tanah air nanti, mereka akan melakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara, apatah lagi mereka mempunyai rangkaian dengan negara jiran dari Syria atau Iraq," katanya. 

Sementara itu, keupayaan dan kemampuan ATM dalam menguasai informasi dan spektrum elektromagnetik (EMS) merupakan keperluan utama dalam peperangan elektronik bagi melindungi kerahsiaan sesuatu maklumat dari ancaman luar.

Tanpa mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang peperangan elektronik sudah tentunya ATM tidak akan mampu menjanakan kuasa tempur dan mungkin kita akan terdedah kepada ancaman anasir luar," katanya. 

Zulkifeli berkata dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11), pihaknya akan memperoleh sistem latihan peperangan elektronik berteknologi tinggi dan dijangka mengurangkan jurang kemahiran peperangan elektronik dengan tentera di negara-negara maju.
Tags / Kata Kunci: Zulkifeli Mohd Zin , ISIS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan