Barisan Exco Selangor Dibincang Petang Ini - MB

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 2:22 PM

Sidang media Azmin sebaik selesai majlis angkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Beberapa jam lagi, wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan perbincangan bagi menentukan barisan Exco negeri berkenaan.


Menerusi perbincangan itu, akan diputuskan sama ada senarai Exco itu melibatkan barisan wakil rakyat sama atau sebaliknya, termasuk kemungkinan jawatan itu diisi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali sebaik selesai majlis angkat sumpah jawatan di Istana Alam Shah, pagi Selasa.

Kata Azmin, langkah itu perlu dilaksanakan sejajar titah Sultan Selangor supaya semua proses berkaitan diselesaikan pada kadar segera.

"Kita akan adakan perbincangan pada petang ini (Selasa) untuk melihat komposisi Exco Pakatan Rakyat.

"Tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan insyaAllah pada Jumaat akan ada istiadat angkat sumpah Exco baharu bagi kerajaan Selangor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Ditanya adakah Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diberi sebarang jawatan dalam kerajaan negeri, Azmin berkata, ia akan diketahui selepas perbincangan berkenaan.

"Proses perbincangan belum bermula. Kita akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil parti pada petang ini. Kita akan maklumkan," katanya.

Selain itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap usaha menyatupadukan semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk pentadbiran kerajaan negeri adalah cabaran paling besar.

Beliau berkata, cabaran itu turut melibatkan usaha untuk memperkukuhkan kedudukan PR pada masa depan.

"Menyatupadukan semua parti dalam pentadbiran kerajaan Selangor merupakan cabaran yang paling besar kita hadapi.

"Sekarang kita perlu pastikan dapat menyatupadu dan memperkukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya

Tags / Kata Kunci: Exco Selangor , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan