"Dosa Khalid Cuma Satu"

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 9:56 AM

Khalid pada majlis perpisahan sebagai Menteri Besar Selangor pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KETIKA krisis kepemimpinan Selangor kelihatan berakhir dengan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor oleh Mohamed Azmin Ali pada tanggal 23 September 2014, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, ‘cerita’ Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya belum berakhir, sebaliknya baru sahaja bermula.

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata , sangat menarik untuk memperhatikan apa yang akan berlaku kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selepas berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

“Ada banyak kemungkinan boleh berlaku, termasuk membabitkan kontroversi tuduhan yang dilempar oleh pemimpin kanan PKR terhadapnya sebelum ini.

“Beliau adalah tokoh tahan uji. Dengan pengalamannya sebagai tokoh korporat tidak mustahil Khalid dimanfaatkan oleh mana-mana pihak untuk mengelolakan sebarang syarikat di negara ini,” katanya.



Yusmadi yang mewakili kawasan Parlimen Balik Pulau bagi penggal 2008 – 2013 berkata, Selangor bertuah kerana mempunyai Khalid sebagai menteri besar.

Katanya, dalam tempoh singkat Khalid berjaya mempamerkan prestasi terpuji ketika harapan masyarakat kepada Pakatan Rakyat (PR) begitu tinggi sejak lembaga tidak rasmi itu tertubuh beberapa tahun lalu.

Kata Yusmadi, kewujudan PR menyebabkan harapan rakyat di negara ini terangkat begitu tinggi dan perlu ada seorang tokoh diyakini untuk membawa aspirasi itu.

Justeru, katanya, gabungan pembangkang beruntung kerana kehadiran Khalid membantu meningkatkan keyakinan ramai, sekali gus menyumbang kepada kejayaan PR menawan Selangor serta beberapa negeri lain.

Bagaimanapun, kata Yusmadi, Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri besar kerana serangan berbentuk tuduhan yang tidak dibuktikan oleh mana-mana pihak.

“Dosa Khalid cuma satu. Dia gagal bertindak sebagai anggota pasukan seperti diharap PR. Misalnya, dia gagal hadir dalam mesyuarat dan bertindak membuat keputusan yang kadang-kadang secara sendirian, namun ia dilakukan selepas melalui pertimbangan teliti,” katanya.

Antara kejayaan Khalid, kata Yusmadi, ialah mengumpul rizab bernilai lebih RM3 bilion.

Namun di sebalik dakwaan bahawa Khalid “kedekut”, Yusmadi yakin tokoh yang mengejutkan dunia bisnes antarabangsa dengan langkah “Dawn Raid” bagi menguasai Guthrie pada 1981 itu mempunyai perancangan tersendiri.

“Khalid bukan orang biasa. Dia ada perencanaan sendiri dengan wang itu yang boleh digunakan untuk menambah aset Selangor jika keadaan mengizinkan, namun ia tidak difahami kebanyakan orang,” katanya.

Sebenarnya, kata Yusmadi, Khalid sebagai menteri besar berjaya meletakkan penanda aras yang cukup tinggi sepanjang tempoh mengetuai kerajaan Selangor.

“Dia masuk PKR sendirian. Dia tidak kenal sesiapa kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail, namun berjaya mentadbir Selangor dengan baik,” katanya.

Bagaimanapun Yusmadi menyatakan keyakinannya  bahawa Azmin mampu menyambung kecemerlangan rekod Khalid selepas ini berdasarkan  pengalaman Timbalan Presiden PKR itu.

Mengakui Azmin berdepan dengan persepsi yang pelbagai, Yusmadi berkata, orang ramai perlu menilai tokoh berkenaan secara objektif.

“Jika tidak, persepsi buruk itu akan tinggal sebagai tuduhan membuta tuli,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan