Saya Tak Dikawal Mana-Mana Pihak - MB Selangor

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak dikawal oleh mana-mana pihak dalam melaksanakan tugas mentadbir kerajaan negeri Selangor.


Sebaliknya kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu, pentadbiran beliau berpandukan Perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

"(Pentadbiran) saya berpandukan perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri dan juga dasar yang diluluskan oleh Pakatan Rakyat yang perlu dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pentadbiran beliau akan dikawal oleh parti atau individu tertentu.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi menteri besar 'kawalan jauh' apabila dikawal oleh suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau memegang jawatan itu.

Apabila persoalan sama diajukan kepada Azmin, beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana keputusan pemilihan menteri besar sudah dibuat.

"Saya sudah pun mengangkat sumpah jadi saya akan bekerjasama dengan semua parti bagi memastikan apa yang dijanjikan kepada rakyat ditunaikan," katanya.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan