Isu MB: Wan Azizah Mengalah, Terima Keputusan Sultan

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 9:07 PM

Wan Azizah (kanan) akur dengan keputusan Sultan Selangor melantik Azmin sebagai menteri besar yang baharu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya mengalah dan menerima keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memilih Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pada masa sama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memaklumkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sebulat suara menyokong pelantikan Timbalan Presiden parti tersebut.

"Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan Sultan Selangor yang memperkenan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Saya membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya mencadangkan kepada MPP agar Azmin yang juga Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan media pada malam Isnin.

Menurut Wan Azizah, keputusan tersebut diambil demi kepentingan rakyat kerana menyedari krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya yakin bahawa PKR kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan," katanya.

Jelasnya, walaupun proses pelantikan ini pada pandangan beliau tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Wan Azizah percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.

"Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor," katanya.

Azmin sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor berkuat kuasa Selasa.

Beliau menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin.








iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan