Bakal MB Selangor Baharu Terima Surat Perlantikan Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 7:29 AM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan Worldwide Holdings Selangor Master 2014 bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor pada Ahad. Ia mungkin menjadi salah satu daripada tugas rasmi Abdul Khalid sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor yang baharu akan menerima surat watikah atau surat perlantikan jawatan itu pada Isnin tetapi nama yang dipilih masih menjadi teka-teki.

Istana berahsia mengenai identiti yang menjadi pilihan antara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu lalu.

Timbalan Presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dianggap sebagai calon yang diberikan keutamaan berikutan kepimpinan PAS mengakui bahawa jawatan menteri besar adalah milik PKR. 

Difahamkan Sultan telah membuat keputusan selepas "menemuduga" Azmin, Adun Chempaka, Iskandar Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan.

Iskandar dan Dr Ahmad Yunus dari PAS, dan kedua-duanya juga merupakan exco kerajaan negeri.

Berbeza dengan beberapa laporan, Sultan tidak perlu mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor untuk membuat keputusan dan semuanya dikatakan telah dilaksanakan.

Tiada pengumuman rasmi mengenai siapa yang telah dipilih di kalangan tiga calon berkenaan meskipun terdapat laporan yang menyatakan istana akan membuat pengumumannya pada Isnin.

Majlis angkat sumpah bagi menteri besar baharu bakal berlangsung pada pagi Selasa, yang diharapkan dapat mengakhiri kemelut perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat bagi mengisi kerusi tersebut.

Perkembangan pada minggu lalu jelas menunjukkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dipertimbangkan oleh istana sebagai calon menteri besar baharu.

Difahamkan Azmin telah memberi penjelasan pada mesyuarat biro politik PKR pada malam Jumaat mengenai beliau menghadap Sultan selepas bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelumnya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa sebaliknya Iskandar yang akan mendapat jawatan itu.

Mesyuarat itu akhirnya memutuskan untuk mengadakan mesyuarat tergmpar untuk membincangkan secara lanjut sekiranya Azmin dinamakan sebagai menteri besar kerana beliau perlu mendapat sokongan parti.

Biro poltik turut bersetuju bahawa Dr Wan Azizah perlu mencuba sekali lagi untuk menghadap Sultan bagi memberi penjelasan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti.

Pada Ahad, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul bersama Sultan bagi acara akhir Kejohanan Golf Selangor Masters yang dilihat menjadi tugas dan kemunculan rasminya sebagai menteri besar bersama baginda sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu.

Sultan Selangor mencemar duli pada majlis itu bagi menyampaikan trofi pada kejohanan itu di Kelab Golf Seri Selangor.

Tags / Kata Kunci: menteri besar selangor baharu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan