Raptai Majlis Angkat Sumpah Tanpa Bakal MB Selangor

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 1:33 PM

Istana Alam Shah.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Raptai bagi istiadat majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini Isnin berlangsung tanpa kehadiran bakal menteri besarnya.


Acara rasmi bagi majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada pagi Selasa.

Raptai majlis itu selesai pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Difahamkan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hadir pada raptai itu.

Difahamkan juga pengumuman rasmi mengenai nama menteri besar yang baharu hanya akan dibuat pada pagi Selasa sebelum istiadat majlis angkat sumpah.

Bagaimanapun tidak dimaklumkan sama ada surat watikah berhubung pelantikan jawatan itu akan dilakukan pada Isnin atau Selasa.

Sehingga berita ini ditulis, Nik Nazmi masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

Lebih 20 petugas media berkumpul di perkarangan Istana Alam Shah di sini pagi Isnin bagi menanti bakal menteri besar yang baharu.

Wartawan, jurugambar dan jurukamera masing-masing tiba seawal pukul 9.30 pagi untuk membuat liputan mengenai siapakah yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Difahamkan, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba di Istana Alam Shah pada kira-kira pukul 10 pagi.

Tiga calon sudah pun disenarai pendek dan telah menghadap dan 'ditemuduga' Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.

Mereka ialah Timbalan Presiden PKR dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali; Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Kedua-dua Iskandar dan Dr Ahmad Yunus merupakan exco kerajaan negeri dari PAS.

Tags / Kata Kunci: Menteri Besar Selangor , raptai

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan