Ikuti Wawancara Mstar Online Bersama Calon PAS, Wan Rosdi

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 7:00 AM

Wan Rosdi Wan Ibrahim

Wan Rosdi Wan Ibrahim. Foto SAZUKI EMBONG / THE STAR

(Ubah saiz teks)

CALON PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, secara tiba-tiba menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pihak media berbanding sebelum ini yang hanya dikenali sebagai seorang kontraktor.

Nama Wan Rosdi mula menjadi sebutan penduduk Pengkalan Kubor dan turut dikenali dalam dunia politik di tempat lain apabila dicalonkan mewakili PAS.

Tidak terhenti di situ, jadual dan rutin hariannya turut berubah apabila perlu turun padang bertemu penduduk dan mengikuti program-program kempen yang telah disusun.

Namun, di sebalik kesibukan itu, beliau masih sempat menjawab beberapa soalan daripada mStar Online.


Mstar: Pernah terfikir atau bercita-cita menjadi wakil rakyat?

Wan Rosdi:  Tidak


mStar: Bagaimana reaksi ketika mengetahui bahawa anda dicalonkan mewakili PAS?

Wan Rosdi: Mula-mula saya rasa terkejut, rasa tak percaya, tetapi cuba bertenang. Selepas sehari berfikir, saya setuju dicalonkan.


mStar: Reaksi anak-anak? Pandangan mereka? Adakah mereka beri tentangan?

Wan Rosdi: Mereka juga seperti saya, rasa terkejut. Mereka berikan pandangan dan sokongan tetapi tak ada yang menentang jika saya bertanding.


mStar: Apakah pandangan dan pemahaman anda mengenai politik secara am.

Wan Rosdi: Politik mestilah berasaskan Islam, secara keseluruhannya dalam kehidupan kita.


mStar: Apakah pandangan anda mengenai politik di Kelantan.

Wan Rosdi: Rakyatnya bijak berpolitik. Mereka dapat mengekalkan kerajaan Islam Kelantan sehingga ke hari ini. Tahun ini sudah masuk tahun ke-24 Kelantan berada di bawah kerajaan pimpinan PAS.


mStar: Siapakah tokoh politik yang anda kagumi?

Wan Rosdi: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Bagi saya beliau seorang ulama, ahli politik yang bijak dan berpandangan jauh.


mStar: Sejauh mana anda tahu tentang Pengkalan Kubor?

Wan Rosdi: Taraf kehidupan penduduknya tidak tinggi. Mereka masih lagi berpegang kepada adat dan tradisi. Mereka sederhana, tetapi hubungan sosial di antara penduduk adalah baik.


mStar: Apakah hobi anda?

Wan Rosdi: Saya minat bola sepak. Saya adalah penyokong kuat pasukan Kelantan. Bola sepak luar negara saya tak minat.


mStar: tempat manakah yang paling anda suka di Pengkalan Kubor?

Wan Rosdi: Semuanya saya suka.


mStar: Apakah makanan tempatan/kedai makan di Pengkalan Kubor yang anda gemari? (Mungkin sejak kecil sehingga ke hari ini)

Wan Rosdi: Kedai nasi serati.


mStar: Menjadi tumpuan secara tiba-tiba menyebabkan anda nampak gugup berdepan pihak media. Komen.

Wan Rosdi: Seperti saya katakan, ia satu kejutan. Menjadi tumpuan ramai, pihak media...ia pertama kali.


mStar: Jika diterima menjadi wakil rakyat, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?

Wan Rosdi: Meneruskan kerja-kerja rutin sebagaimana yang dilakukan semenjak menjawat jawatan Penyelia DUN Pengkalan Kubor selama enam tahun.


mStar: Apakah masalah atau isu utama di Pengkalan Kubor.

Wan Rosdi: Banjir dan tebatan banjir yang perlu dikemaskan serta ditambah.


mStar: Secara peribadi, bagaimana anda melihat peluang anda untuk menang?

Wan Rosdi: Insya-Allah ada peluang.


mStar: Kenal calon BN? Sejauh mana anda mengenali beliau?

Wan Rosdi: Ya, kenal sebagai seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat.


mStar: Bolehkah berkongsi lima perkara tentang diri anda.

Wan Rosdi: Saya suka menolong orang dan terbuka untuk menerima teguran dan pandangan. Saya mudah mesra, tidak sombong dan bersederhana dalam kehidupan.


mStar: Apa yang anda akan lakukan jika kalah dalam PRK kali ini.

Wan Rosdi: Jika saya kalah pilihan raya...saya akan meneruskan kerja rutin saya seperti biasa dan jika saya menang pun, saya mesti tingkatkan lagi kerja dan tugas-tugas saya.

Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , PAS , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan